Mengapakah Stail Jalanan Penting Kepada Sesuatu Kota?
Adakah fesyen mempunyai peranan yang penting di sebuah kota? Adakah Kuala Lumpur mempunyai scene stail jalanan? Azreezal Hafidz, pengasas dan ketua pengarang Stail.my, mengkaji cara-cara warga Malaysia bergaya di jalanan Kuala Lumpur dan bagaimana budaya mempengaruhi pilihan fesyen.
Adakah kota KL mempunyai scene stail jalanan?
Berbanding dengan kota-kota lain di dunia seperti Tokyo, London atau Paris, stail jalanan di KL tidaklah begitu dominan. Stail jalanan boleh dikatakan sangat bourgeois.
Banyak antara kita yang masih selesa dengan t-shirt dan jean. Dalam 20 orang mungkin ada satu sahaja yang mempunyai stail peribadi. Kadang-kadang adalah sekumpulan stylish people yang akan berjalan bersama tetapi pada saya, mereka ini minoriti dan tidak mendominasi jalanan KL.
Sebab utama ini terjadi ialah kerana kita takut dengan persepsi masyarakat. Banyak antara kita yang mahu bergaya sakan untuk keluar sehari-hari tetapi bimbang dengan pandangan orang terhadap kita. Banyak yang takut menjadi individual kerana sekatan budaya.
Walau bagaimanapun, dari segi mengikut trend, mungkin kerana exposure kepada media dalam talian, kita dapat saksi lebih warga kota yang makin updated mahupun dari segi solekan, rambut atau pakaian.

Riduan Ismail merupakan salah seorang jurufoto stail jalanan yang telah mencapai populariti dan berjaya memperkembangkan kariernya sebagai jurufoto fesyen professional.
Pada asasnya, apakah sumbangan stail jalanan kepada masyarakat?
Stail jalanan boleh menjadi rujukan dan memberi inspirasi. Kerana jika dilihat kepada stail jalanan global, kita boleh melihat betapa setiap orang yang dipotretkan memiliki stail individual yang strong dan tersendiri. Kita boleh belajar merujuk kepada gaya-gaya ini untuk diaplikasikan menjadi gaya peribadi.
Fesyen dan sumbangan gaya peribadi juga penting bagi industri-industri kreatif, kerana ekspresi melalui fesyen boleh mencerminkan setakat mana sesuatu masyarakat bersifat kreatif. Ini bukan sahaja tertakluk kepada stail jalanan tetapi mungkin mempengaruhi inovasi serta problem-solving, dan juga memberi galakan kepada industri-industri kreatif mahupun dari segi pekerjaan, retail ataupun rekaan.
Nicholas Ng, salah seorang perintis dalam bidang fotografi stail jalanan kini lebih banyak bekerja di luar negeri di mana stail jalanan lebih prolifik.
Apa khabar baru tentang ekosistem industri fesyen dan apakah pengaruhnya ke atas cara kami bergaya?
Ekosistem fesyen dunia hari ini sudah menuju ke arah minimalisme dan kerana graf ekonomi yang semakin menurun, warna-warna dunia fesyen mengarah kepada warna-warna gelap dan pastel. Kita boleh lihat keadaan ini di sini juga. Kembalinya stail 90-an juga sangat besar, jadi kita boleh lihat trend ini di kalangan KL-ites.
Dulu, situasi kewangan sering mempengaruhi stail peribadi seseorang. Kini, dengan wujudnya jenama-jenama high street, kami lebih mampu memiliki ‘fesyen’ tanpa banyak belanja. Adakah ini membuat kami kurang kreatif dalam cara-cara bergaya – memandangkan pada masa dulu kami sering ke tukang jahit dengan rekaan sendiri, sedangkan kini, kami terus ke pusat membeli-belah sahaja.
Ada kebenarannya dalam kenyataan bahawa kami mungkin kurang kreatif, kerana kita terdorong merujuk kepada stail yang dipertontonkan oleh jenama-jenama ini. Nasib baik jenama-jenama ini terarah kepada fesyen. Jadi orang kita boleh jadi stylish dalam paling subtle. Namun ada beberapa kelompok yang sedar akan stail peribadi dan bijak menyuaipadankan affordable fashion ke dalam gaya harian dan menjadikannya stylish.
Warga kota makin merasai tekanan sosial serta budaya yang beralih ke arah lebih konservatif.
Di samping itu, masyarakat, dalam bergaya, makin merasai tekanan sosial serta budaya yang beralih ke arah lebih konservatif. Sudah pasti modest wear telah menjadi trend terkini yang semakin meluas. Tetapi apakah impaknya terhadap kreativiti dalam bergaya?
Modest wear – ini sesuatu yang saya masih tidak dapat cerna sampai hari ini. Kita sebenarnya terikat dengan kekangan budaya dan terpaksa bergaya dalam stail modest kerana mengikut aturan budaya dan masyarakat.
Mungkin saya dalam kelompok minoriti yang tidak setuju dengan isu stail klon ini kerana bagi saya bergaya haruslah meraikan individualiti. Kita semakin menjadi klon dalam bergaya.
Modest wear semakin mendapat tempat kerana kekangan budaya yang memaksa kita mencipta klon dalam bergaya hanya untuk diterima oleh masyarakat. Situasi ini nampaknya semakin parah berbanding dengan tiga dekad lalu. Kita harus sedar bahawa kita ini hidup dalam masyarakat moden.
Warga kota dengan gaya peribadi yang istimewa seperti Dhaniya Illiani jarang ditemui.
Pereka fesyen tempatan mungkin boleh menawar peluang meningkatkan stail individu, tetapi dengan tanda harga yang besar. Apakah pandangan Reezal?
Bagi saya pereka tempatan harus membuat keuntungan. Kurangnya sokongan dan bantuan daripada kerajaan, kebanyakan pereka tempatan berdepan dengan cabaran produksi. Mereka masih tak cukup kemudahan untuk produksi moden dan dalam skala besar. Jadi mereka meletakkan harga berdasarkan produksi konvensional – memikirkan cuma ada tiga tukang jahit dalam woksyop untuk menghasilkan helaian. Sekiranya kemudahan produksi mereka lengkap, saya pasti mereka boleh menurunkan harga.
Golongan pereka fesyen tempatan masih mengalami cabaran produksi.
Adakah situasi stail jalanan berlainan di kota-kota lain di tanahair kita?
Saya rasa tidak. KL ialah kota paling liberal di Malaysia tetapi itu pun ada kekangan tertentu. Apa lagi kota-kota lain di Malaysia kan?
Azreezal Hafidz ialah pengasas dan ketua pengarang Stail.my. Pendapat yang diungkapkan dalam artikel ini merupakan pendapat pihak yang ditemuduga dan tidak semestinya pendapat The Citymaker.